Seludup Buah Buahan Masuk Ke Tawau PDRM Malaysia Menggagalkan

[responsivevoice_button voice="Indonesian Female" buttontext="Bacakan "] [responsivevoice_button voice="#" buttontext="Stop"]

 

Mediarestorasi.com
TAWAU, MITRAINDONESIAnews.com –  Polis Marin Tawau dalam satu tugas Op Gelora Khas tahan sebuah bot jongkong membawa muatan buah-buahan yang cuba diseludup masuk tanpa kebenaran di perairan laut Simpang Tiga, Pulau Sidam Tawau pada petang semalam,01/03/2021

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Mohd Nazari Ismail berkata, ‘Hasil pemeriksaan lanjut oleh Pasukan Polis Marin keatas muatan jongkong berkenaan menemukan kotak kayu berisi buah jenis mangga, avacado, buah naga dan limau kasturi yang disyaki cuba dibawa masuk dari Indonesia ke Malaysia’.

Menurut Mohd Nazari, Jongkong yang dijuragani oleh seorang warga Negara Malaysia berusia 20-tahun bersama seorang jurugan kapal gagal menunjukan dokumen barang tersebut dan surat kebenaraan dari jabatan pertanian Atau Karantina untuk membawa masuk buah-buahan berkenaan.

Nilai anggaraan jumlah yang diamankan buah-buahan termasuk jongkong dan enjin berjumlah RM102,600.00. Barang tersebut dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan selanjut. Kesalahan dibawah Enakmen Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Eksport) 1981.

Pasukan Polis Marin sangat mengalu-alukan masyarakat pesisir pantai agar menyalurkan Informasi yang menyalahi undang-undang di kawasan perairan mereka melalui aplikasi Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian agar tindakan dapat dilaksanakan sekaligus memastikan keselamatan dan Kenyamanan Ketenteraman maritim sentiasa terjaga dan terkawal Tuan Nazari berkata bahwa buah tersebut Datangnya dari Nunukan ke Tawau

SAHABUDDIN